Saturday, July 18, 2009

Seni Lukis Islam

Nawawi dalam abad yang ke-13 telah menyatakan bahawa larangan membuat rupa manusia dan sebagainya tidak hanya terhad kepada karya yang mewujudkan bayang (berbentuk) termasuk lukisan yang mempunyai dua dimensi.

Lukisan yang mengandungi imej manusia telah dihasilkan dalam tamadun Islam sejak Islam mula berkembang. Aliran gaya lukisan mempunyai imej manusia wujud di Mesopotamia, Syria, Turki, Mesir dan terutamanya di Iran. Tembok Istana Qusay Amra (Jordan) 724-43m, zaman pemerintahan Umaiyah, dihias dengan lukisan0lukisan imej manusia dan binatang. Tetapi gaya lukisan itu dipengaruhi oleh seni rupa Yunani. Lukisan Tembok Istana Jausaq zaman pemerintahan Abbasiyah di Samara (Iraq) 833-841m yang mengandungi imej manusia sudah mempunyai sifat seni rupa Islam dari segi teknik dan penggunaan.

Seni Lukis terus berkembang dengan pesatnya dalam zaman pemerintahan Timuriah di Parsi, Mogul, mesir, zaman pemerintahan Fatimi (969-1191m) dan Turki Uthmaniyah (1300-1929m). Lukisan-lukisan saintifik yang mengandungi imej manusia untuk memberi keterangan yang lanjut telah mendapat galakan. Contoh-contohnya ialah lukisan oleh Al-Jazari, Syria awal abad ke 13m.

Walau bagaimanapun, lukisan-lukisan itu menggambarkan alam impian dengan pemandangan yang indah dan menarik yang dapat memenuhi kehendak-kehendak rohani.

No comments:

Post a Comment